Showing posts with label LOLs. Show all posts
Showing posts with label LOLs. Show all posts

Winning is my new mission!

Ever since World Stage, I've found myself obsessing over contests. Lets just say, trying my luck in winning.
One of the few websites recommended by a friend of mine is Junkonline.net. Heck, the prizes are not bad and guess what? I've won 3 out of 6 contests that I entered!!! That's like 50-50 chances of winning! How lucky am I? Everytime dapat e-mail from Junk, hatiku berdebar-debar memikirkan hadiah yang telah ku menangi...muahahaha
These are the prizes that I won thanks to Junk!


1) GRAFFI-TEE T-SHIRT!! (each worth 90 bucks yo!)

Hey there!

Congratulations, you lucky devil! We've received your entries for our
"Graffi Tee" contest and you are one of our winners!
Please come to the office anytime between 10am - 12pm or 2pm - 6pm on
weekdays to collect your redemption letter.

The redemption letter will enable you to redeem your prizes from Graffi
Tee outlets (The Gardens and Suria KLCC only).

Best regards,
Junk Team.




2) JENNIFER'S BODY MOVIE PASSES AND T-SHIRT

Hi Azhani,

Congratulations! You have just won yourself the SECOND PRIZE, for the Jennifer’s Body Premiums contest featured in our October issue of JUNK.

Your SECOND PRIZE consists of:

1 X Jennifer’s Body T-shirt
1 X Double Movie Passes

Do drop by our office to pick up your prize!




3) ONITSUKA TIGER VOUCHER

Hi Azhani,

Congratulations! You have just won yourself the CONSOLATION PRIZE, for the Onitsuka contest featured in our October issue of JUNK.

Your CONSOLATION PRIZE is an Onitsuka Tiger Cash Voucher worth RM50


--> I have yet to pick up the voucher..Oh man, Fit is gonna be soo jealous! Hahaha!


Therefore, I am now a girl on a mission. A mission to win every penny, every freebie that God, and companies like Junk & Klue Mags have provided. Karpet merah telah pun dibentangkan. So what are we waiting for? Gagagaga

Anyway, last week, a woman has just won herself RM11,700 by winning the Fly FM's end bit contest. The clue was a TV show theme and the answer was...sigh...I should've known...It was my favourite show!!! I need the moolah!! Lucky biatch. Anyway, the answer was, COW & Chicken!! How ironic. It was supposed to be my show! I should get it! Me! Damn. Cerita yg parents dia xde kepala, tunjuk kaki tu je. Aaaarrggghh!!
So, I guess, di kala cuti-cuti ini, untuk mengisi kekosongan jiwa yang merana di rumah kerana kebosanan, marilah kita sama-sama menunaikan hajat untuk menang. It's easier than skim cepat kaya I tell youalls. Best dowh menang. Puas hati. hahahaha.
So, I already have FlyFM's number on speed dial. I'll be waiting beside my house phone for every cue-to-call. I'll check out Fly's updates on Twitter. I.will.be.the.next.winner. Just you wait and see. Miahahahaha

P.s. I shall update this post with the picture of my Onitsuka voucher very soon :D
P.s.s. Mesti lepas ni kena kutuk sebab siap letak email from Junk. Yeebaaa!

Budak gila

I got this e-mail from my mum (very rajin of you to forward this Ma) and I find it too hilarious to not to share with you guys! I don't know of it's true, but well, it's worth your time! Read it. You'll laugh till you die. At least, that's what this boy will say. DIE ALL!!!! Hahahaha

Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air
batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di
Genting
Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

My reaction after reading this? What the hell is wrong with this kid?? LOL

Memang out of the box, inovatif, kritis dan kreatif and everything that's in the UiTM's visi dan misai oops, I mean misi... and hell, his imagination really did run wild!

Tapi last-last semua mati? Come on! You could do better than that kid! Write more! Hahahaha

Memang sengal. Kalau my brother si Umar write like this, I don't know what will happen to him. Mama malu, Abah tak mengaku anak. Me? "Haish..Another psycho in the family? Cukup-cukupla dengan me and si Adik je."


Morals of the story?
1. Do not speak English. Maksud saya, jangan cakap Bahasa Inggeris,nanti orang tak paham kalau kita maki hamun.
2. Pastikan ada air panas untuk persediaan mandi di pagi hari.
3. Pastikan anda melatih anak anda untuk menjadi seorang atlit jikalau tiada kenderaan, di samping mengajarnya Matematik(128 kilometer) dan Fizik(kelajuan cahaya), walhal Bahasa Melayu nya teruk.
4. Ban semua cerita kartun instead of horror movies (nak propose kat Puteri UMNO lah)
5. Kalau mak ajak pergi pasar, JANGAN ikut.
6. DILARANG menggunakan mikrofon.
7. JANGAN makan atau beli daging.
8. Kalau ada accident, jangan laporkan kepada polis. They might die.
9. Gunakan tas tangan untuk tujuan yang betul.
10. Akhir sekali, kalau dah buat salah, tak payah lah nak salam. NANTI TANGAN KENA KERAT!